Assalamualaikum...
Entah kenapa emosi agak tersentuh hari ni..
sebak.. sedih.. pilu..
sehingga semasa solat pon air mata mengalir..
kenapa dgn hamba-Mu ini ya Tuhan..
mungkin Kau sedang menyentuh hatiku..
atau Kau sedang menguji aku?..
Allahuakbar..
Terjumpa blog yang sgt membantu..
dalam menaikkan semangat ku utk teruskan kehidupan ini..
Allah berfirman bermaksud:
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan
demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka,
maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang
yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai
orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan
dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu
terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian
dari Allah.
Dugaan
kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia
pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita
tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan
yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.
Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Astagafirullah.. adakah aku golongan yang berprasangka buruk kepada Allah..
Ya Allah.. ampunkan aku..
aku alpa akan ketentuan Mu..
aku alpa akan kebesaran Mu..
Astagafirullah.. astagafirullah..
Subhanallah.. subhanallah..
Allah
berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan
dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya
kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita.
Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah
merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi
dosa kita
Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila
kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya,
kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian
kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang
yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..