Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain dalam fikirannya..
Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirnya walau kadang berbicaranya seolah tiada rasa, namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri..
Lama Sudah Tidak Ku Lihat Gemersik Senyumanmu..
♥ Jangan biarkan wanita yang berada disisi kamu bersedih dan menangis. Dan jika masih dibiarkan, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya telah tawar dan pudar akan cinta..
♥ Jangan biarkan wanita yang berada disisi kamu punyai rujuk yang panjang hingga tiada akan usaha untuk mengembirakan hatinya. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya senyum dan gembira..
♥ Jangan biarkan wanita yang berada disisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan ada bisikan mengodanya mencari kerasian..
♥ Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehingga menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menangis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..
♥ Dan kadang bila kita mampu melihat airmatanya mengalir.. Sungguh dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya.. Dan seolah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya airmata itu..
♥ Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia melakukan perkara diluar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..
♥ Disaat menitis airmatanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata-katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Didalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..
♥ Kadang-II dia jarang menyatakan kata RINDU, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan RINDU itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya akan berbunga-bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya..
♥ Apabila perempuan kata dia RINDU sama kamu, dia benar-II maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.. Kadang-II dia tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana amat merinduimu..
Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura-pura bahagia
sedangkan pada realiti itu amat kita merasakan derita.. Hanya mampu
melihat tanpa memandang kerana kerana telah dibutakan dengan kecurangan..
Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa
setia lakonan itu akan berakhir juga..