Tiap kita ada hati dan perasaan, sebaiknya kita jaga hati orang lain agar tidak
menyentuh emosinya, tidak menimbulkan luka di hatinya. Sesungguhnya kita
berusaha agar kita bersih dari noda dan dosa. Bila hati disakiti, terasa pedihnya, sakitnya, bagi yang tidak kuat iman akan
menangis jika hati disakiti. Pelbagai keadaan kita disakiti oleh sesiapa
sahaja.
Hati yang
disakiti sebolehnya akan menyembunyikan keadaan diri, tersenyum.. tetapi
hatinya menangis luka, ketawa padahal hati terluka dan berdarah..bergurau senda
padahal usaha untuk menutup wajah hati yang terguris luka. Hati kita untuk
merasa semua rasa..terlalu halus dan bijak membuat penilaian. Namun jangan
salah menggunakan hati dan perasaan.
Bila hati disakiti, akan terpacul pertanyaan kenapa kita disakiti. Mengapa dan
apa salah kita, kadangkala kita akan mencuba mencari jawapan pada kelemahan
pada diri sendiri, itu musahabah diri namaya. Kita jangan bertindak ego, kerana
keegoaan kita akan membinasakan kita, mengundang kemurkaan Allah. Orang yang
ego rasanya tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia ini. Hatinya akan
dibelenggu keegoan yang akan memakan dirinya sendiri.
Bila hati disakiti.. ada kalbu merintih, hiba sayu dan tangisan disegenap naluri..rasa
kecewa dan kekesalan akan kita rasai. Hati yang disakiti akan berusaha
menyembuh sendiri luka hatinya..aduhai pedihnya bila hati terguris. Entah bila
akan sembuh, 1,2,3,4 atau berapa hari, itu terserah kita merawatnya. Kalau
dalam luka di hati rasanya memakan masa untuk mengubatinya..
Bila hati disakiti. hati yang disakiti,kita sebagai manusia biasa harus
sentiasa tenang berhadapan dengan situasi ini.Bila hati disakiti hilang
kerukunan jauh kebahagiaan. Tegang perasaan hilang kepercayaan.
Sebaiknya jangan menyakiti hati orang lain, kerana itu membinasakan dan
meruntuhkan kebahagiaan.
Insaflah wahai diriku, dan juga diri mu di luar sana, usah kita menyakiti orang
lain yang dekat dengan kita, meskipun yang jauh jangan sekali menyakiti hatinya.
Sekali kita menyakiti yang lain 1000 x kita tidak dipercayai lagi..
Sukarnya menjaga hati orang lain, sedangkan hati kita juga tidak terjaga, silap
silap kita yang melukai hati sidia, sianu dan sipulan. Hendaknya kita pada tiap
detik waktu di mana jua sentiasa baik terhadap orang disekeliling kita,
kadangkala kita membiarkan hati kita disakiti daripada kita menyakiti hati
orang lain. Adakala hati begitu pedih takkala dengan kata sepatah ia bagai
pisau menghiris hati lagi sakit berbanding tertusuk kulit kita dengan dengan
objek. Aduhai begitulah rasa bila hati disakiti.
Satu daya usaha mengubati hati yang luka ialah..mencari iman dan kesabaran,
memandang jauh hidup ini..berfikiran positif dan sentiasa musahabah diri.
Inilah realiti kehidupan.Nak tak nak kena jua teruskan kerana masih ada nywa di
kandung badan. Kita tak kemana sebenarnya..satu tujuan satu destinasi yang
pasti..cuma kita dibezakan oleh amalan. Walallhualam. Hendaknya kita dijauhkan
dari amalan yang merosakkan kedamaian kita
No comments:
Post a Comment